skpd63.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skpd63@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF AKADEMIK 4 | STAF SOKONGAN | BAHASA THAI | BAHASA THAI 2 | BULETIN | PAUTAN | BUKU PELAWAT | AKTIVITI | BERITA TERKINI | Buletin | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | MAJLIS PERPISAHAN | PIBG | STAF AKADEMIK3 | STAF AKADEMIK 2 | KEPUTUSAN UPSR |

SEJARAH SEKOLAH


Pada tahun 1959, satu perhimpunan penduduk-penduduk keturunan Melayu dan Siam dari Kampung Padang Durian, Kampung Rasau, Kampung Cina, Kampung Tong Prok, Kampung Tok Set, Kampung Titi Akar diadakan bertujuan supaya penduduk tidak membantu pengganas Komunis (PKM). Perhimpunan ini juga telah mencetuskan cadangan penubuhan sebuah sekolah untuk anak-anak setempat yang rata-ratanya tidak bersekolah.

                Akhirnya sebuah bangunan kayu  dua bilik dibina di atas tanah Lot 115 Mukim Padang Kerbau sebagai sebuah sekolah dua bilik darjah pada 6 Mei 1959 iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Durian. Sekolah ini mula dibuka dengan seramai 141 orang murid dan 3 orang guru termasuk seorang Guru Besar yang bernama Encik Awang Bin Ishak.

                Sekolah ini berkembang pesat dengan kemasukan ramai anak-anak keturunan siam atas usaha dan galakan Guru Besar yang kedua iaitu Encik Mohd. Amin Bin Hj. Abu atau dikenali sebagai Cikgu An yang berkhidmat dari 1 Mei 1960 hingga 31 Disember 1979. Pada 1962 sebuah lagi bangunan empat bilik darjah dibina. Ini diikuti dengan pembinaan bangunan dua tingkat lima bilik darjah sebuah bilik pejabat dan sebuah kantin pada tahun 1971. Pertambahan murid yang besar menyebabkan sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan tiga tingkat sembilan bilik darjah dan satu bilik perpustakaan pada tahun 1983. Di samping itu sekolah ini mendapat sebuah rumah guru pada 1964 yang akhirnya dirobohkan pada tahun 1994 dan kini sekolah mempunyai 4 unit rumah guru. 2 unit dibina pada tahun 1975 dan 2unit lagi dibina pada 1993.

                Kini Sekolah Kebangsaan Padang Durian mempunyai 14 kelas termasuk 2 kelas Prasekolah yang telah diubahsuai pada tahun 2002. Pada tahun 2004 sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan makmal Komputer dengan 22 buah Komputer bagi menambah lagi pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat di kalangan murid-muird sekolah ini.

                Jumlah murid sehingga 22 Jun 2012 ialah 350 orang ternasuk 50 orang murid Prasekolah. Manakala Guru yang berdaftar disekolah ini seramai 29 orang  dan Kakitangan bukan guru seramai 5 orang termasuk 2 orang Pembantu Tadbir .

                Sekolah ini terletak 24 km dari Pekan Pendang, menganggotai sekolah-sekolah Kelompok Sungai Tiang di bawah Pusat Kegiatan Guru Pendang. Jarak nya dengan PPD ialah 33 km manakala jarak dengan Jabatan Pelajaran Kedah ialah 52 km.




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: